Wednesday, March 31, 2010

0 Penjagaan Komputer

Disini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda.Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda.Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer” :)


2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.Tertumpah kat keyboard biasa x per lagi, kalau tertumpah kat Luxeed keyboard ni. :(




3. No smoking
Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer.Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah2 keyboard.Sekiranya anda bukan perokok, jauhilah komputer anda dari perokok2 ketika menghisap rokok untuk menggunakan komputer anda.Boleh hisap tapi don’t smoking here…. :)

4. Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer.Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus.Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan.Sekiranya haba terlampau panas, Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer sprt processor.Seelok2nya gunakanlah kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.

terima kasih kepada laman web ini kerana telah berkongsi cara untuk menjaga komputer
http://www.azumass.com

0 bahana ketagihan internet


 
INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan inter network. Ia merupakan sebuah rangkaian bagi 
rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat. Penggunaan internet pada masa sekarang memang amat digalakkan. Zaman yang serba moden dan canggih ini juga telah mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada masyarakat. Penggunaan internet yang berlebihan akan memudaratkan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sebagai contoh berkenaan kes yang berlaku di Korea. Seorang bayi perempuan yang beru berusia 3 bulan ditemui mati akibat kelaparan. Dikatakan punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan ibu bapanya terlalu ketagih bermain internet di cyber. Menurut sumber, ibu bapa bayi tersebut ketagih bermain satu permainan membesarkan anak di alam maya. Anak di alam maya dibesarkan tetapi anak di rumah mati kelaparan. huh boleh buat pepatah. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Akibat terlalu leka bermain game nyawa anak hilang. Terlalu besar kesan yang akan terjadi sekiranya kita terlalu leka bermain internet.

source: http://htf.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=19

KETAGIHAN INTERNET

Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.

2. Ketagihan menggunakan komputer Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.

4. Ketagihan hubungan siber Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan Seksual siber Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

• Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya

• Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.

• Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.

• Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial. 

Sunday, March 7, 2010

1 skandal di internet

PERNAHKAH terlintas di fikiran anda bahawa pasangan anda mungkin mempunyai kekasih di Internet? Mungkin anda boleh mengabaikan saja perasaan tersebut namun lagi lama dibiarkan macam ada sesuatu yang makin tidak kena pada hubungan anda berdua.
Anda tidak mampu menafikan wujud perasaan curiga yang pasangan anda menipu tentang hubungan cintanya di Internet. Jangan ambil mudah kerana anda sebenarnya sudah berada di tahap pertama amaran bahawa teknologi ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga anda.
Dalam tahap ini, anda mungkin mengesyaki pasangan anda namun berjaya menyedapkan hati dengan mengatakan bahawa itu hanya imaginasi sahaja. Ini kerana anda belum mempunyai bukti kukuh dan belum pun mahu mengumpul bukti tersebut.
Memasuki tahap kedua, anda sebenarnya sudah bersedia untuk menerima kebenaran. Anda mahukan fakta. Mungkin dalam tahap ini juga pasangan anda yang menipu sudah terasa gerak-gerinya diperhati dan dia mula mengurangkan tindak tanduknya di depan komputer. Anda pula sudah bersedia untuk menangkap pasangan yang curang di alam maya.
Persoalannya bagaimana anda boleh menangkap pasangan yang penuh muslihat ini? Memang bukan senang untuk mengumpul bukti, namun dengan adanya sedikit ilmu teknologi maklumat (IT) anda juga boleh menangkap pasangan yang menipu di Internet.
Anda mungkin boleh memeriksa dengan cara mencari sendiri di laman sembang yang pasangan anda gemar layari.
Mudah saja! Cara pertama layari laman web dengan kata kunci 'bagaimana menangkap pasangan yang menipu di Internet?' Dari situ anda akan menemui banyak cara untuk mengenalpasti sama ada pasangan anda sudah terlibat dengan skandal di Internet.
Ikut kaedah yang disarankan dan cuba sesuaikan dengan situasi anda. Perlu ingat segala tindakan anda haruslah berlandaskan fikiran dan bukan emosi kerana anda mahu mencegah sebelum parah dan bukannya mahu menambah kekacauan dalam rumah tangga.
Sebagai individu yang sayangkan keharmonian rumah tangga, anda perlu mengambil langkah bijak dalam membendung masalah ini. Jangan biarkan berlarutan dan ambil sikap tunggu dan lihat.
Cara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengajak pasangan melakukan aktiviti bersama anda atau keluarga selepas pulang dari kerja dan kurangkan masa mengadap komputer.
Boleh jadi dengan bersama-sama menonton filem kegemaran, melayan anak-anak, atau keluar bersiar-siar anak melupakan keinginannya untuk mengadap komputer.
Awas jika terlambat kerana insan ketiga pasti akan memporak perandakan keluarga.


artikel dari utasan malaysia online

Tuesday, February 23, 2010

0 belajar bahasa melayu part 2

sambungan kepada entry belajar bahasa melayu.

selain belajar menggunakan laman web, ada juga cara-cara belajar menggunakan aplikasi video.cara ini dikatakan berkesan kerana kita boleh melihat perkataan yang ditulis, mendengar dan mengulanginya kembali. Antara contoh video-video mengajar bahasa melayu.


dan video ini menggunakan perantara bahasa inggeris untuk mengajar bahasa melayu.


untuk video seterusnya,clik ke youtube.

0 iCt dan sEjaRahnya

Berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Sejak permulaan zaman lagi,manusia telah berkomunikasi menggunakan pelbagai jenis teknik dan kaedah.Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita mengenalpasti kaedah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi.


Kebanyakan bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding gua. Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga penggunaan simbol. Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi untuk digunakan kemudian. Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas. Penglipur lara sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi, menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada ahli puak yang lain.




Cara komunikasi menjadi lebih mudah apabila kemunculan telegraf pada tahun 1847. Telegraf Register Patent Model, 1 May 1849, paten 6,420 telah direka oleh Samuel F. B.Morse (1791-1872). Telegraf membantu manusia menghantar dan menerima pesanan dari jarak jauh, dan tidak memerlukan masa yang panjang. Hal ini mewujudkan komunikasi yang berkesan.


Seterusnya diikuti dengan telefon iaitu dicipta pada tahun 1876. Kemunculan telefon ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat kerana ia dapat berkomunikasi dengan seseorang secara terus dan menerima maklum balas yang cepat, tanpa perlu bersemuka.


Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon. Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan untuk model ini dan telah diterbitkan sebagai buku dalam tahun 1949. Weaver melihat kemampuan model komunikasi Shannon dalam ruang lingkup yang lebih luas dan bukan hanya untuk telefoni sahaja dan semenjak itu ia telah bertindak sebagai asas untuk menerangkan komunikasi.


Radio wujud selepas telefon. Radio berperanan sebagai satu media yang menyalurkan mesej kepada masyarakat. Setiap masyarakat boleh mengetahui segala hal yang berlaku dalam dunia ini melalui saluran radio.


Dengan kewujudan televisyen pada berikutnya, televisyen merupakan alat komunikasi yang lebih bercanggih berbanding dengan radio. Masyarakat bukan sahaja boleh mengetahui berita-berita melalui pendengaran tetapi boleh menyaksikan melalui kaca televisyen apa sebenarnya yang berlaku.


Komputer juga telah dicipta selepas itu. Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, menggunakan komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.


Satelit turut wujud seterusnya. Satelit komunikasi adalah sebuah setelit buatan yang ditempatkan di angkasa dengan tujuan telekomunikasi. Satelit komunikasi modern menggunakan orbit geosynchronous, orbit Molniya atau Orbit Bumi Rendah.Untuk pelayanan tetap, satelit komunikasi menyediakan sebuah teknologi tambahan bagi kebel komunikasi kapal selam potik fiber. Untuk aplikasi bergerak, seperti komunikasi ke kapal laut dan pesawat terbang, di mana aplikasi teknologi lain, seperti kabel, tidak praktis atau tidak mungkin.


Kini, wujudnya Internet. Rangkaian pusat yang membentuk Internet diawali pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangun oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, dari NCP ke TCP/IP. Ini merupakan awal dari Internet yang kita kenal hari ini.Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan menyambungkan kebanyakan pengguna jaringan-jaringan komputer yang ada.

Monday, February 22, 2010

0 Belajar Bahasa Melayu

semua bahasa boleh dipelajari. tidak kira bagaimana cara sekalipun. Belajar melalui guru, daripada rujukan buku dan secara online. Kebanyakan bahasa memang ada diajar secara online didalam internet, tetapi amat sedikit laman web yang mengajar bahasa Melayu. Kebanyakan laman web akan mengajar bahasa Jepun, Korea, Perancis, Inggeris, dan lain-lain bahasa selain bahasa melayu. kenapa bahasa melayu kurang di ambil perhatian di seluruh dunia? Adakah kurangnya orang yang betul-betul mahir dalam bahasa Melayu atau bahasa melayu kurang seronok untuk dipelajari? Hanya yang bersungguh-sungguh hendak mempelajari bahasa melayu sahaja akan mencari insiatif tersendiri untuk belajar. Walaubagaimanapun ada juga laman web yang mengajar bahasa melayu. Disini ada beberapa laman web yang mengajar bahasa melayu. Antaranya,
1) http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/. Laman web ini mengajar bagaimana untuk menyebut perkataan dalam bahasa melayu. selain itu terdapat juga senarai tatabahasa, kata ganda,pepatah dan lain-lain. Laman web ini juga turut menggunakan audio untuk mendengar bunyi perkataan.
2) http://www.101languages.net/malay/. Laman web ini pula mengajar penggunaan vokal, konsonan, diftong bahasa melayu tetapi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara. mereka menggunakan perantara bahasa inggeris mungkin dapat memudahkan mereka yang tidak tahu langsung menggunakan bahasa melayu untuk belajar bahasa melayu ini. Jadi dengan ini mereka akan lebih mudah faham bagaimana penggunaan bahasa melayu walaupun perantaranya bahasa inggeris.
3) http://www.transparent.com/languagepages/malay/malay.htm. Laman web ini memerlukan pengguna yang ingin belajar bahasa melayu men'download'software belajar bahasa melayu. kaedah ini mungkin akan menyusahkan pengguna kerana perlu men'download' software dahulu.

Sunday, January 24, 2010

0 :.handphone.:

Handphone semakain hari semakin laku dipasaran. Dah banyak sgt handphone dijual di pasaran sampai tak tahu nak pilih mana yang terbaik dan kena dengan gaya hidup sekarang.

Teknologi zaman sekarang makin hari makin canggih. Berbanding dengan zaman dulu, handphone hanya digunakan untuk berinteraksi sahaja. Tapi handphone zaman sekarang ni bukan sahaja untuk berinteraksi, malah boleh ambil gambar, boleh online internet, transfer file dan macam-macam lagi. Mungkin 10 tahun dulu kita tak terfikir pon perubahan handphone macam zaman sekarang ni berlaku hinggakan tahap sebesar botol air pon dulu dianggap canggih gile.

Handphone dulu-dulu besar macam botol air. Tak macam sekarang ni kecik dan amat nipis. Antara nya handphone motorola botol air ni. sekali tengok dah macam betul-betul botol air pulak..walaupon handphone ni agak besar tp harganye cukup untuk kita menelan air liur. Harganya dalam RM2000RM2500. Amat mahal.

ok, handphone ni juga amat digeruni anjing2 liar sebab bila nampak handphone botol air ni, mesti anjing tu akan lari dengan sekuat hati sebab takot handphone ni hinggap kat kepala die.


Dan menggunakan talian analog, talian dulu banyak suara ghaib termasuk suara uncle cina bagi tahu keputusan nombor ekor walaupon pada masa tu kita tengah bercengkarama dengan mata air kita di talian.

''halo..halo..2345''
''oii..oii..salah line..cross line la''
''haiya..cau cii baii..cilaka....tutt...tuttt..

huh mmg akan buat kita sakit hati sepanjangan hari tu.

untuk kontraktor yg byk duit dan berjaya sket, mereka akan gunakan talian Atur 011. tapi yg x blh bla nye handphone tu dah macam bawak satu public phone. kalo ade lagi orang bawak handphone serupe bawak satu public phone ni sah kene gelak guling-guling ngn orang. Dah macam nak scan baby dalam perut pon ade..memang lawak gile orang yang buat handphone dulu-dulu ni.



macam mana la nk masuk dalam poket kalo besar macam ni..

Hari ni handphone sebesar alam tu da jarang digunakan. Mungkin hanya disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja. Melalui transformasi teknologi yg sgt2 advance, handphone2 sekarang dah jadi kecik sebesar tapak tangan sahaja. Ada yang sangat-sangat la nipis. Dulu handphone mana ada camera. mana boleh nak online internet, nak main game dalam facebook, bluetooth gambar,lagu, dan file. sekarang dengan teknologi yang semakin moden, semua tu ada dalam handphone. kebanyakan handphone yang ada dipasaran sekarang ada camera, boleh online internet dan ada aplikasi 3G. boleh berbual face to face dengan org yg kita call.


handphone zaman sekarang. tak tahu la macam mana handphone tahun 2020 akan datang. Adakah lagi kecil, dan nipis

atau mungkinkah handphone akan ditransform jadi macam ni. Hanya gunakan jari sahaja. hurm..silap hari bulan kena kejutan elektrik masa guna handphone ni.

ok ni antara line handphone yang pernah wujud dan yang masih dugunakan sekarang

010 – ART 900 – Always Repair Telephone
011 – ATUR – Absolutely Terrible and Useless Radiophone
012 – Maxis – Moronic And Xtremely Inferior System
013 – TM Touch – Too Many TMTouch Owners Usually Change Handphones
016 – DiGi 1800 – Don’t Invest In Garbage Instruments
017 – ADAM – Always Dropping And Malfunctioning
018 – Mobifon – Most Often Bought In Fake Obnoxious Nightmarkets
019 – CELCOM – Cannot Enjoy Line Clarity on Outgoing Messages