Wednesday, March 31, 2010

0 Penjagaan Komputer

Disini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda.Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda.Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer” :)


2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.Tertumpah kat keyboard biasa x per lagi, kalau tertumpah kat Luxeed keyboard ni. :(




3. No smoking
Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer.Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah2 keyboard.Sekiranya anda bukan perokok, jauhilah komputer anda dari perokok2 ketika menghisap rokok untuk menggunakan komputer anda.Boleh hisap tapi don’t smoking here…. :)

4. Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer.Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus.Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan.Sekiranya haba terlampau panas, Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer sprt processor.Seelok2nya gunakanlah kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.

terima kasih kepada laman web ini kerana telah berkongsi cara untuk menjaga komputer
http://www.azumass.com

0 bahana ketagihan internet


 
INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan inter network. Ia merupakan sebuah rangkaian bagi 
rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat. Penggunaan internet pada masa sekarang memang amat digalakkan. Zaman yang serba moden dan canggih ini juga telah mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada masyarakat. Penggunaan internet yang berlebihan akan memudaratkan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sebagai contoh berkenaan kes yang berlaku di Korea. Seorang bayi perempuan yang beru berusia 3 bulan ditemui mati akibat kelaparan. Dikatakan punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan ibu bapanya terlalu ketagih bermain internet di cyber. Menurut sumber, ibu bapa bayi tersebut ketagih bermain satu permainan membesarkan anak di alam maya. Anak di alam maya dibesarkan tetapi anak di rumah mati kelaparan. huh boleh buat pepatah. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Akibat terlalu leka bermain game nyawa anak hilang. Terlalu besar kesan yang akan terjadi sekiranya kita terlalu leka bermain internet.

source: http://htf.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=19

KETAGIHAN INTERNET

Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.

2. Ketagihan menggunakan komputer Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.

4. Ketagihan hubungan siber Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan Seksual siber Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

• Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya

• Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.

• Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.

• Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial. 

Sunday, March 7, 2010

1 skandal di internet

PERNAHKAH terlintas di fikiran anda bahawa pasangan anda mungkin mempunyai kekasih di Internet? Mungkin anda boleh mengabaikan saja perasaan tersebut namun lagi lama dibiarkan macam ada sesuatu yang makin tidak kena pada hubungan anda berdua.
Anda tidak mampu menafikan wujud perasaan curiga yang pasangan anda menipu tentang hubungan cintanya di Internet. Jangan ambil mudah kerana anda sebenarnya sudah berada di tahap pertama amaran bahawa teknologi ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga anda.
Dalam tahap ini, anda mungkin mengesyaki pasangan anda namun berjaya menyedapkan hati dengan mengatakan bahawa itu hanya imaginasi sahaja. Ini kerana anda belum mempunyai bukti kukuh dan belum pun mahu mengumpul bukti tersebut.
Memasuki tahap kedua, anda sebenarnya sudah bersedia untuk menerima kebenaran. Anda mahukan fakta. Mungkin dalam tahap ini juga pasangan anda yang menipu sudah terasa gerak-gerinya diperhati dan dia mula mengurangkan tindak tanduknya di depan komputer. Anda pula sudah bersedia untuk menangkap pasangan yang curang di alam maya.
Persoalannya bagaimana anda boleh menangkap pasangan yang penuh muslihat ini? Memang bukan senang untuk mengumpul bukti, namun dengan adanya sedikit ilmu teknologi maklumat (IT) anda juga boleh menangkap pasangan yang menipu di Internet.
Anda mungkin boleh memeriksa dengan cara mencari sendiri di laman sembang yang pasangan anda gemar layari.
Mudah saja! Cara pertama layari laman web dengan kata kunci 'bagaimana menangkap pasangan yang menipu di Internet?' Dari situ anda akan menemui banyak cara untuk mengenalpasti sama ada pasangan anda sudah terlibat dengan skandal di Internet.
Ikut kaedah yang disarankan dan cuba sesuaikan dengan situasi anda. Perlu ingat segala tindakan anda haruslah berlandaskan fikiran dan bukan emosi kerana anda mahu mencegah sebelum parah dan bukannya mahu menambah kekacauan dalam rumah tangga.
Sebagai individu yang sayangkan keharmonian rumah tangga, anda perlu mengambil langkah bijak dalam membendung masalah ini. Jangan biarkan berlarutan dan ambil sikap tunggu dan lihat.
Cara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengajak pasangan melakukan aktiviti bersama anda atau keluarga selepas pulang dari kerja dan kurangkan masa mengadap komputer.
Boleh jadi dengan bersama-sama menonton filem kegemaran, melayan anak-anak, atau keluar bersiar-siar anak melupakan keinginannya untuk mengadap komputer.
Awas jika terlambat kerana insan ketiga pasti akan memporak perandakan keluarga.


artikel dari utasan malaysia online