Wednesday, March 31, 2010

0 bahana ketagihan internet


 
INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan inter network. Ia merupakan sebuah rangkaian bagi 
rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat. Penggunaan internet pada masa sekarang memang amat digalakkan. Zaman yang serba moden dan canggih ini juga telah mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada masyarakat. Penggunaan internet yang berlebihan akan memudaratkan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sebagai contoh berkenaan kes yang berlaku di Korea. Seorang bayi perempuan yang beru berusia 3 bulan ditemui mati akibat kelaparan. Dikatakan punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan ibu bapanya terlalu ketagih bermain internet di cyber. Menurut sumber, ibu bapa bayi tersebut ketagih bermain satu permainan membesarkan anak di alam maya. Anak di alam maya dibesarkan tetapi anak di rumah mati kelaparan. huh boleh buat pepatah. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Akibat terlalu leka bermain game nyawa anak hilang. Terlalu besar kesan yang akan terjadi sekiranya kita terlalu leka bermain internet.

source: http://htf.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=19

KETAGIHAN INTERNET

Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.

2. Ketagihan menggunakan komputer Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.

4. Ketagihan hubungan siber Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan Seksual siber Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

• Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya

• Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.

• Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.

• Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial. 

0 comments: