Berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Sejak permulaan zaman lagi,manusia telah berkomunikasi menggunakan pelbagai jenis teknik dan kaedah.Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita mengenalpasti kaedah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi.
Kebanyakan bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding gua. Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga penggunaan simbol. Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi untuk digunakan kemudian. Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas. Penglipur lara sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi, menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada ahli puak yang lain.
Cara komunikasi menjadi lebih mudah apabila kemunculan telegraf pada tahun 1847. Telegraf Register Patent Model, 1 May 1849, paten 6,420 telah direka oleh Samuel F. B.Morse (1791-1872). Telegraf membantu manusia menghantar dan menerima pesanan dari jarak jauh, dan tidak memerlukan masa yang panjang. Hal ini mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Seterusnya diikuti dengan telefon iaitu dicipta pada tahun 1876. Kemunculan telefon ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat kerana ia dapat berkomunikasi dengan seseorang secara terus dan menerima maklum balas yang cepat, tanpa perlu bersemuka.
Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon. Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan untuk model ini dan telah diterbitkan sebagai buku dalam tahun 1949. Weaver melihat kemampuan model komunikasi Shannon dalam ruang lingkup yang lebih luas dan bukan hanya untuk telefoni sahaja dan semenjak itu ia telah bertindak sebagai asas untuk menerangkan komunikasi.
Radio wujud selepas telefon. Radio berperanan sebagai satu media yang menyalurkan mesej kepada masyarakat. Setiap masyarakat boleh mengetahui segala hal yang berlaku dalam dunia ini melalui saluran radio.
Dengan kewujudan televisyen pada berikutnya, televisyen merupakan alat komunikasi yang lebih bercanggih berbanding dengan radio. Masyarakat bukan sahaja boleh mengetahui berita-berita melalui pendengaran tetapi boleh menyaksikan melalui kaca televisyen apa sebenarnya yang berlaku.
Komputer juga telah dicipta selepas itu. Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, menggunakan komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.
Satelit turut wujud seterusnya. Satelit komunikasi adalah sebuah setelit buatan yang ditempatkan di angkasa dengan tujuan telekomunikasi. Satelit komunikasi modern menggunakan orbit geosynchronous, orbit Molniya atau Orbit Bumi Rendah.Untuk pelayanan tetap, satelit komunikasi menyediakan sebuah teknologi tambahan bagi kebel komunikasi kapal selam potik fiber. Untuk aplikasi bergerak, seperti komunikasi ke kapal laut dan pesawat terbang, di mana aplikasi teknologi lain, seperti kabel, tidak praktis atau tidak mungkin.
Kini, wujudnya Internet. Rangkaian pusat yang membentuk Internet diawali pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangun oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, dari NCP ke TCP/IP. Ini merupakan awal dari Internet yang kita kenal hari ini.Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan menyambungkan kebanyakan pengguna jaringan-jaringan komputer yang ada.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment